HOME  >  Terma & Syarat
  1. Keahlian adalah terbuka kepada semua warga Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan yang sah.
  2. Kad keahlian ini bukan kad bayaran atau kad kredit.
  3. Diskaun sebanyak 10% untuk pembelian buku oleh ahli.
  4. Diskaun tambahan tidak akan diberikan kepada item yang telah diberi potongan atau item promosi.
  5. Kad keahlian ini sah selama seumur hidup
  6. Untuk menikmati diskaun, ahli mesti mengemukakan kad keahlian di kaunter juruwang sebelum pembelian dilakukan.
  7. Kad keahlian tidak boleh dipindah milik
  8. Jika kad keahlian hilang atau dicuri, ahli bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Karangkraf Mall/Karangkraf Book2u Stores Sdn Bhd./Book2u Mobile Bayaran RM5 akan dikenakan bagi menggantikan kad keahlian.
  9. Karangkraf Mall /Karangkraf Book2u Stores Sdn. Bhd./Book2u Mobile mempunyai hak untuk meminda, mengubah atau menambah mana-mana terma dan syarat di atas. Sebarang pindaan,pengubahan atau penambahan akan berkuatkuasa serta merta tanpa pemberitahuan atau notis.
  10. Segala keistimewaan diskaun, terma dan syarat boleh dipinda atau ditamatkan tanpa sebarang notis.
  11. Karangkraf Mall /Karangkraf Book2u Stores Sdn. Bhd./Book2u Mobile berhak pada bila-bila masa dalam budi bicara mutlak kami tanpa liabiliti kepada ahli, tanpa notis dan tanpa memberi sebab, untuk menggantung atau menamatkan hak ahli untuk menggunakan kad keahlian Karangkraf Mall /Karangkraf Book2u Stores Sdn Bhd/Bool2u Mobile, untuk menolak, memperbaharui atau menggantikan kad keahlian sekiranya mana-mana syarat dan keistimewaan telah disalahgunakan.
  12. Jika ahli telah memberikan apa-apa maklumat kepada Karangkraf Mall, Karangkraf Book2u Stores Sdn Bhd/Book2u Mobile, ahli telah memberikan keizinan kepada ketiga-tiga organisasi yang di sebut di atas, Kumpulan Media Karangkraf dan syarikat bersekutu dengannya untuk menghubungi ahli bagi tujuan pemasaran, termasuk mesej melalui pos, sms atau emel. Sesetengah daripada maklumat akan dikongsi bersama pihak ketiga untuk menyediakan bantuan pemasaran atau analisis. Sila rujuk Polisi Privasi Kumpulan Media Karangkraf untuk butir lanjut