HOME  >  Questions & Answers
  1. Apakah syarat untuk menjadi Ahli My.Karangkraf?
  2. Warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas.
  3. Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan untuk menjadi Ahli My.Karangkraf?
  4. Tiada. Keahlian adalah percuma. Ahli hanya perlu mengisi borang keahlian di (sila rujuk kepada carta lokasi Kad VIP My.Karangkraf pada terma & syarat) atau mengisi secara online di http://mycard.karangkraf.com
  5. Apakah kelebihan yang diperolehi sebagai Ahli My.Karangkraf?
  6. o Menerima buletin Karangkraf Xtra melalui emel atau sms yang mengandungi informasi produk terkini, aktiviti promosi misalnya bengkel, seminar dan konvensyen serta maklumat lokasi jualan langsung.
    o Jemputan eksklusif ahli semasa program promosi dan jualan diadakan.
    o Layak membeli Kad VIP Karangkraf.
  7. Bagaimanakah cara untuk membeli Kad VIP Karangkraf?
  8. Anda boleh datang terus ke outlet kami di Karangkraf Mall/BOOK2U Store/BOOK2U MOBILE untuk mengisi borang pendaftaran dan membelinya pada harga RM 10.00. Secara automatik anda digelar Ahli My.Karangkraf.
  9. Tempoh sah laku Kad Diskaun My.Karangkraf?
  10. Kad ini sah selama seumur hidup dari tarikh pendaftaran dan boleh diperbaharui untuk tahun seterusnya secara percuma. Pembaharuan boleh dilakukan secara online atau melalui pos.
  11. Adakah dengan menggunakan Kad Diskaun My.Karangkraf saya akan memperolehi mata terkumpul?
  12. Ya. RM1=1 point diberikan.
  13. Adakah saya boleh mendapatkan diskaun di semua kedai buku?
  14. Tidak. Diskaun hanya boleh diperolehi jika anda membuat pembelian di lokasi yang telah dinyatakan (sila rujuk kepada Carta Lokasi Kad VIP Karangkraf pada Terma & Syarat).
  15. Bolehkah Kad VIP Karangkraf ini digunakan oleh orang lain selain daripada saya?
  16. Tidak. Kad ini tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga.
  17. Sekiranya Kad VIP Karangkraf saya hilang atau rosak, apakah yang perlu saya buat untuk menggantikannya?
  18. Anda boleh menghubungi kami ditalian 03-51017343 iaitu pada setiap hari Isnin hingga Jumaat (hari bekerja) pada pukul 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Anda juga boleh menghantar emel kepada my.support@karangkraf.com .Bayaran RM10.00 akan dikenakan dan pihak kami akan menghantar kepada anda kad gantian melalui pos.