HOME  >  Polisi
  • Kami, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd dan syarikat-syarikat bersekutu dengannya (“Karangkraf”), sentiasa komited untuk melindungi semua data peribadi yang kami simpan, dan menyediakan pelanggan kami dengan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.
  • Kami mengumpul data peribadi menerusi borang permohonan pelanggan, sistem pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem rangkaian kami, dalam usaha untuk menilai keperluan anda dan memberi anda perkhidmatan yang lebih baik.
  • Kami mungkin memindahkan data peribadi pelanggan kepada pihak ketiga baik di dalam Malaysia dan luar negara yang menyediakan ‘outsourced’ penyimpanan data atau perkhidmatan pemprosesan data untuk kami.
  • Disimpan mematuhi Polisi ini, dan kecuali seperti dibenarkan atau diperlukan di bawah manamana enakmen, undang-undang, peraturan atau kod, kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan data peribadi pelanggan tanpa kebenaran bertulis.
  • Kami berharap notis ini membantu anda untuk memahami bagaimana kami menangani data peribadi anda dan informasi yang kami ambil daripada anda.
  • Prinsip Umum:

    Notis ini dikeluarkan kepada semua pelanggan kami yang dihormati dan/ atau bakal pelanggan, memberitahu anda mengenai hak anda yang berkaitan dengan data peribadi anda yang telah atau akan dikumpul dan diproses oleh kami.
    • Kami akan mengguna, memproses, merekod, memegang, menyimpan, mengongsi dan mendedahkan data peribadi anda dengan kebenaran anda;
    • Penggunaan berterusan produk dan/atau perkhidmatan kami akan dikira sebagai kebenaran dari anda untuk memproses data peribadi anda oleh kami;
    • Kami akan merekod dan menyimpan satu rekod kebenaran anda menerusi penggunaan berterusan anda terhadap perkhidmatan kami seperti yang tertera dalam pengkalan data pelanggan yang aktif;
    • Sekiranya anda berusia di bawah 18 tahun, anda perlu mendapatkan kebenaran dari ibu bapa atau penjaga anda yang sah, sebelum menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami.
  • Pengumpulan

    Keadaan data peribadi yang kami kumpul akan berbeza-beza dan mungkin termasuk:
    • Nama anda, umur, jantina, nombor kad pengenalan atau pasport, alamat surat-menyurat, alamat emel, nombor telefon, maklumat kewangan seperti kad kredit atau nombor akaun bank secara terperinci untuk tujuan transaksi anda;
    • Perbincangan komuniti dan urusan surat-menyurat anda;
    • cookies, web log, alamat IP dan maklumat tambahan daripada pihak ketiga;
  • Sumber-sumber dari mana kami memperoleh data peribadi anda termasuk tetapi terikat kepada borang pendaftran, borang atas talian atau perjanjian yang telah anda persetujui, sistem pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem rangkaian kami, atau sebarang pengenalan bahan yang telah anda sebarkan secara sukarela, dan direktori perniagaan, atau senarai yang telah anda langgan untuk berkongsi maklumat anda, dll.
  • Tujuan:

    Himpunan data peribadi ini meliputi tetapi tidak terhad kepada:
    • Untuk profil produk yang anda pentingkan;
    • Untuk menghantar maklumat kepada anda, promosi dan kemas kini meliputi bahan-bahan pemasaran dan pengiklanan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami dan rakan kongsi yang kami pilih;
    • Untuk promosi sebarang produk dan/atau perkhidmatan kami; atau produk, perkhidmatan dan tawaran khas kepada pihak ketiga yang produk dan perkhidmatan mereka kami fikir mungkin menarik minat anda;
    • Untuk tujuan-tujuan lain yang disediakan dalam produk dan perkhidmatan tertentu kami, atau produk yang ditawarkan oleh rakan kongsi kami.
  • Pendedahan Data Peribadi:

    Data peribadi anda akan disimpan secara sulit tetapi Data Peribadi berkenaan mungkin akan diberikan atau didedahkan kepada katagori kumpulan tertentu untuk tujuan seperti berikut:
    • Kepada rakan sekutu, anak syarikat kami atau syarikat berkaitan
    • Kepada rakan kongsi perniagaan kami termasuk mana-mana sekutu kami di dalam dan di luar Malaysia
    • Kepada mana-mana agen, kontraktor, penyedia perkhidmatan, pengedar, pedagang,sistem pembayaran atau bank pengantara yang mungkin digunakan oleh kami atau rakan sekutu kami untuk perniagaan kami atau perniagaan rakan sekutu kami
    • Kepada penyedia perkhidmatan atau pihak ketiga yang kami namakan sama ada bersendiri atau secara bersama dengan lain-lain penyedia perkhidmatan, bagi tujuan mewujudkan dan menyenggara satu pengkalan data pelanggan atau pemprosesan data sebagai satu entiti luaran ‘outsourced’ baik di dalam mahu pun di luar Malaysia
    • Kepada syarikat-syarikat dan pertubuhan-pertubuhan yang bertindak sebagai agen atau kontraktor kami bagi tujuan untuk mendapatkan sebarang jumlah yang terhutang kepada kami
    • Kepada badan-badan penyelaras atau pihak berkuasa kerajaan yang sejajar dengan keperluan di bawah undang-undang atau ke arah pengesanan dan pencegahan jenayah dan/atau penipuan
    • Kepada mana-mana pihak yang terlibat atau berkaitan dengan satu tindakan undangundang, bagi tujuan perbicaraan
    • Kepada pihak-pihak tertentu yang kami atau sekutu kami mungkin diperlukan oleh undang-undang, mahkamah, regulator, atau proses guaman untuk didedahkan
  • Hak Anda
  • Anda akan diberi peluang untuk menolak (opt-out) daripada data peribadi anda digunakan untuk tujuan-tujuan secara tidak langsung berkaitan dengan perkhidmatan atau laman-laman web (websites) kami pada ketika kami meminta maklumat.

    Sekiranya anda tidak mahu menerima promosi terkini kami, anda boleh menolak daripada menerima komunikasi ini dengan menghubungi kami di nombor seperti tersenarai di bawah.

    Sekiranya anda memutuskan untuk menolak, kami mungkin tidak dapat memberi anda perkhidmatan-perkhidmatan tertentu dan langganan atau permohonan untuk perkhidmatanperkhidmatan tertentu anda mungkin dinafikan, ditolak, atau tidak dilayan oleh kami. Anda boleh mendapat carian terhadap data peribadi anda yang ada dalam simpanan atau kawalankami dan mungkin meminta bahawa data peribadi anda dipinda bagi tujuan ketepatan dan kesesuaian.
  • Prinsip Integriti Data:
  • Kami berusaha sedaya upaya untuk menyimpan maklumat mengenai pelanggan secara lengkap, semasa, dan tepat. Sebarang maklumat tidak tepat yang dibawa ke pengetahuan kami akan diperbetulkan secepat mungkin setelah diberitahu.

    Prosedur ini akan dipelihara untuk memastikan bahawa sebarang ketidaktepatan yang dilaporkan akan ditangani dengan cepat dan berkesan dan bahawa maklumat pelanggan sentiasa tepat, semasa dan lengkap sebaik mungkin.

  • Iklan Berasaskan Minat:
  • Iklan Berasaskan Minat ialah satu cara untuk menjadikan iklan dalam laman-laman web (websites) kami yang dilawati pelanggan lebih relevan kepadanya.

    Kami mengumpul maklumat tidak dikenali mengenai kegiatan pelayaran web dari alat pengendalian internet seorang pelanggan, dan menggunakan maklumat tersebut untuk menyatukan/menghubungkan pelayar pelanggan dengan satu atau lebih kumpulan yang sama minat.

    Ini membolehkan kami untuk menyediakan iklan kepada pelanggan yang mempunyai minat sama. Iklan Berasaskan Minat tidak merubah jumlah iklan yang diterima oleh seorang pelanggan, ia hanya menjadikannya lebih relevan.

    Anda boleh menukar dan memilih browser semasa anda untuk tidak menerima, menolak atau memadam himpunan maklumat untuk Iklan Berasaskan Minat.

    Anda boleh menukar dan memilih browser semasa anda untuk tidak menerima, menolak atau memadam himpunan maklumat untuk Iklan Berasaskan Minat.

    Kami mempunyai hak untuk menukar mana-mana bahagian dari Polisi ini. Kami akan mengumumkan perubahan tersebut menerusi laman web kami (www.karangkraf.com/ppdpk).

    Kami komited untuk melindungi Data Peribadi semua pelanggan yang kami berurusan.
    Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai Polisi ini, sila hubungi kami menerusi pegawai kami seperti di bawah:

  • Jawatan :
    Eksekutif Pangkalan Data Audiens dan MyKraf ( Audience & MyKraf Database Executive )

  • Telefon :
    +603 5101 7388 antara 9.00 pagi - 5.00 petang, Isnin - Jumaat.

  • Anda juga boleh berhubung menerusi email kami di ppdpk@karangkraf.com.

  • Anda juga boleh menggunakan alamat ini untuk berkomunikasi secara bertulis mengenai sebarang masalah yang mungkin anda hadapi mengenai pematuhan polisi ini.