HOME  >  Pengenalan
Kumpulan Media Karangkraf (KMK) telah ditubuhkan pada tahun 1978 dan diasaskan oleh Dato’ Dr.Hussamuddin Bin Hj. Yaacub. Kini Karangkraf menawarkan pelbagai produk iaitu buku, novel, himpunan naskah majalah dan akhbar Sinar Harian. Karangkraf juga mempunyai kedai buku tersendiri yang dikenali sebagai Karangkraf Mall dan BOOK2U di mana BOOK2U terdiri daripada BOOK2U STORE & BOOK2U MOBILE. Berbekalkan dengan slogan kata “membarakan jiwa & minda”, Karangkraf kian menyebarkan ilmu disamping berusaha memberikan kepuasan kepada para pembaca menerusi produk yang dikeluarkan.
Karangkraf menawarkan pelbagai produk iaitu buku, novel, himpunan naskah majalah dan akhbar Sinar Harian.
Justeru itu bagi menghargai pembaca yang telah menyokong produk kami selama ini Kumpulan Media Karangkraf telah melancarkan dua program.

Pertama, keahlian My.Karangkraf yang boleh didaftarkan secara percuma dengan hanya mengisi borang pendaftaran. Ahli akan menerima pelbagai informasi menerusi bulletin Karangkraf Xtra. Kedua, program Kad VIP Karangkraf dimana ahli layak memiliki kad ini dengan membeli di outlet Karangkraf Mall. Ahli Kad VIP Karangkraf akan menikmati pelbagai tawaran harga yang menarik untuk produk-produk yang telah ditetapkan.

Oleh itu daftarlah segera sebagai Ahli My.Karangkraf dan beli Kad VIP Karangkraf. Jangan lepaskan peluang ini, marilah bersama kita “membarakan jiwa & minda”. Sila rujuk kepada terma & syarat untuk lebih memahami program ini.
Kad VIP Karangkraf